Wednesday, February 17, 2010

Goreng...Goreng Gone...Jom Buat Roti!!!!














Nak cuba...Jom!!!! resipi Soft Roll...anda faham teknik anda senang utk belajar....
so bahan2 yg diperlukan ialah:

  1. 1 kg Bread Flour/ Tepung roti...(Tepung Cap kunci atau Tepung Cap Sauh pun boleh) :)

  2. 40 gm Dry Yeast (*40gm/30gm/10gm) mempunyai perbezaan dlm setiap pembuatan roti, 40gm yeast roti akan cepat kembang tetapi bau yeast agak kuat, 30gm yeast roti cepat kembang dan bau yeast masih terasa, 10gm yeast proses pembuatan roti agak lama dan bau yeast kurang)

  3. 50 gm Sugar (guna gula halus lg senang)

  4. 20gm Salt

  5. 100gm Butter

  6. 2 nos Eggs

  7. 700 ml Fresh milk / Water (*kalau menggunakan susu roti akan lebih berlemak berbanding air.)

cara-caranya:- ada 2 cara untuk membuat adunan roti iaitu "All in one method" campurkan kesemua bahan atau berperingkat2.

cara yg paling baik jika membuat tanpa mesin pengadun roti ialah mengguli tapi agak penat la yea....

ok...mula2 sediakan mixing bowl atau besen....

susu,yeast dan gula masukkan ke dalam mangkuk dan biarkan seketika sampai kembang...*gula akan membiakkan yis.
masukkan tepung,butter dan telur ke dalam bowl atau besen dah uli sebati...

setelah yeast kembang campurkan adunan tersebut ke dalam adunan tepung dan teruskan usaha anda utk menguli bahan tersebut sehingga sebati k...

anda akan melihat adunan anda menjadi begini...teruskan menguli bahan tersebut..masukkan garam dan teruskan menguli sehingga dough atau adunan td menjadi seperti adunan dough di bawah.


ok...setelah selesai, anda akan melihat dough anda agak melekit tetapi dough / adunan td lembut...jgn risau kerana dough yg anda usahakan berada pada tahap yg baik...ini kerana kuantiti air dan dough yg lembut semasa mengadun roti akan menjamin dough yg baik dan lembut....alihkan dough dari besen atau bowl dan letakkan di atas meja...* jgn lupa untuk menabur sedikit tepung bagi mengelak dough melekat...uli dough sehingga menjadi bulat atau berbentuk bola...pada masa ini anda boleh merasakan dough anda lembut..

ok...dough anda akan menjadi seperti ini bukan...ambil plastik atau kain yg basah dan tutpkan keseluruhan dough dan biarkan ia kembang 2 kali ganda...setelah selesai atau apabila dough telah mengembang, tumbuk dough tersebut utk membuang udara keluar....potong dough sebanyak 20gm atau 30gm mengikut kesesuaian anda dan uli dough menjadi bulat..


letakkan dough di atas dulang pembakar. *jgn lupa untuk menggriskan dulang tersebut dengan butter bagi mengelakkan ianya melekat apabila dibakar kelak...susun dough dan biarkan ianya naik seketika dan sapukan kuning telur di atas permukaan roti tersebut dan taburkan apa saja mengikut kehendak atau selera tuan/puan...seperti bijan,almond,kelapa kering,kismis dan sebagainya....
bakar pada suhu 180-200c selama 20-30minit mengikut kesesuaian oven...
* pembuatan roti menggunakan mesih atau tangan adalah sama...jika anda faham dan pakar akan sesuatu teknik ia akan kenjadi lebih mudah....
selamat mencuba...jumpa lagi ni rancangan Goreng..Goreng Gone
Assalamualaikum wbt...






No comments:

Post a Comment